Friday, May 18, 2018

6 Penyebab Wajah Terasa Panas yang Biasa Terjadi


Apakah anda sering merasa tidak selesa kerana wajah terasa panas atau kemerahan? Kerana rasa tidak selesa tersebut, mungkin akan mengganggu aktiviti anda sehari-hari.  Selain itu, wajah yang kemerahan boleh membuatkan anda rasa rendah diri. Namun dalam diri anda bertanya-tanya mengapa wajah terasa panas? Banyak hal yang menjadi penyebab mengapa wajah terasa panas. Namun, kebanyakan orang tidak menyedari penyebabnya.

Untuk anda yang sering mengeluh keadaan panas pada wajah, berikut ini kami uraikan penyebab wajah terasa panas supaya anda boleh mengatasi keadaan ini dengan langkah yang tepat. 

1. Terbakar Dari Sinar Matahari
Penyebab wajah terasa panas  yang pertama ialah kerana terbakar dek sinar matahari. Bagi anda yang sering melakukan aktiviti di luar rumah,  terutamanya  di bawah sinar matahari terik pada siang hari boleh menjadikan kulit wajah terasa panas seperti terbakar. Untuk itu, anda harus tahu cara mencegah kulit terbakar dari sinar matahari.
2. Penggunaan Kosmetik yang Salah
Selain disebabkan terbakar matahari, wajah panas dan terasa pedih juga boleh disebabkan oleh penggunaan kosmetik yang salah. Penggunaan kosmetik tertentu boleh menyebabkan panas dan terasa gatal, kemudian kulit akan kemerahan atau bahkan muncul bintik-bintik. Oleh karena itu, sebelum anda memutuskan untuk menggunakan kosmetik tertentu sebaiknya pastikan terlebih dahulu kandungan pada kosmetik dan pastikan juga jika kosmetik yang anda gunakan sesuai dengan jenis kulit anda. Hindari  juga menggunakan kosmetik berlebihan kerana seperti yang kita tahu bahaya penggunaan kosmetik yang berlebihan boleh mengakibatkan sel kulit mati..
3. Iritasi Kulit
Jika wajah anda terasa panas dengan diiringi warna kemerahan, biasanya keadaan ini menandakan bahawa kulit anda mengalami iritasi. Biasanya penyebab iritasi yang paling sering  berlaku keranaa salahnya penggunaan produk rawatan kulit, dimana produk tersebut mengandung bahan terlarang atau merbahaya.  Selain itu, keadaan ini boleh berlaku kerana anda tidak sesuai menggunakan produk tertentu. Cara menghilangkan kemerahan pada wajah akibat iritasi penting diketahui agar keadaan tidak semakin parah.
4. Menggosok Kulit Pipi dengan Berlebihan
Menggosok kulit pipi untuk alasan tertentu boleh juga menjadi penyebab wajah  terasa panas jika anda melakukannya dengan  berlebihan.  Selain panas, wajah anda juga mungkin akan menjadi kemerahan.
5. Perubahan Hormon
Perubahan hormon juga boleh menjadi penyebab mengapa kulit pipi terasa panas. Perubahan hormon biasanya berlaku saat kedatangan haid atau waktu anda menggunakan alat tertentu contohnya alat pencegahan kehamilan
6. Infeksi
Infeksi yang menyebabkan kulit wajah  terasa panas boleh disebabkan kerana 'herpes zoster' dan penyakit yang lainnya.

Itulah beberapa penyebab wajah terasa panas. Jika keadaan ini sering dialami, maka sebaiknya dinasihatkan berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk rawatan dan nasihat. Tapi jika keadaannya ringan, kulit wajah anda akan nampak lebih baik jika melakukan cara rawatan wajah yang baik dan tepat. Berikut ini tips yang boleh anda lakukan.
  • Sebaiknya cuci wajah sebanyak 2 kali  sehari dengan menggunakan sabun pembersih wajah yang biasa dan sesuai untuk jenis kulit anda.
  • Waktu  wajah anda terasa panas dan kemerahan, sebaiknya lap wajah anda dengan menggunakan tuala bersih yang  sudah dibasahi dengan menggunakan air sejuk.
  • Hindari stress berlebihan.
  • Kurangkan aktiviti diluar rumah atau dibawah cahaya matahari.
  • Jika anda berada diluar rumah atau dibawah terik matahari, seeloknya menggunakan pelindung cahaya contohnya menggunakan payung.
  • Jaga pengambilan permakanan dan perbanyakkan minum air, makan buah dan sayuran.
Itulah beberapa penjelasan penyebab wajah terasa panas dan cara untuk mengurangkannya. Semoga bermanfaat..