Saturday, May 19, 2018

KENALI JENIS KULIT WAJAH ANDA


Seringkali kita dengar kulit wajah menjadi teruk selepas menggunakan produk skincare yang dibeli. Perlu di ingatkan setiapkali pemilihan produk skincare dibuat kita perlu kenal dahulu jenis kulit kita kerana setiap produk skincare yang dijual mempunyai fungsi kulit yang berlainan. Disini saya ingin kongsikan bagaimana untuk mengenali jenis kulit wajah kita.

Bagaimana ingin mengenali kulit wajah kita?

1. Cuci muka seperti biasa. Basuh muka dengan normal cleanser, selepas itu bilas. Boleh juga menggunakan air biasa yang penting pastikan muka itu dah cuci.
2. Tunggu lebih kurang 2 jam dan jangan guna apa-apa selepas cuci contohnya serum. Biarkan begitu sahaja dan lagi baik jika tidak lap muka itu selepas mencuci muka. Biar je kulit tu kering sendiri. Biar selama 2 jam.
3. Selepas 2 jam check balik kulit tu dan lihat dibawah  jika kulit wajah anda begitu

Kulit Berminyak (Oily Skin)
Jika rasa kulit melekit, berminyak atau berkilat.

Kulit kering (Dry Skin)
Jika rasa kulit kering, merekah atau rasa ketat

Combination Skin
Jika rasa kulit berminyak di kawasan hidung dan dahi (T-Zone), tapi kawasan pipi terasa kering/biasa

Kulit Biasa (Normal Skin)
Jika rasa kulit biasa sahaja atau tak rasa apa-apa.